Thursday, 23 April 2015

{EMAS MURAH} APA ITU EMAS MAYA DAN EMAS FIZIKAL



Pelaburan emas maya dan emas fizikal.

berikut adalah ringkasan mengenai emas maya:
  • emasnya tidak nampak (di alam maya)
  • pelabur cuma keluarkan duit untuk melabur
  • sesetengahnya dijanjikan dengan pulangan tetap. berikut adalah contoh kes VGMC. anda boleh nilai sendiri, positif dan negatifnya. Pada saya,sangat merugikan...
beli emas sebanyak 1gm=rm160…beli 100gm=rm16000…tp emas disimpan oleh pengelola.utk dpt keuntungan dr pengelola kena mncari org.setiap org yg dpt dapat bawa untuk melabur…pengelola bg sebanyak rm400…2 org=rm800 


  • Selain itu,banyak bank-bank tempatan yang menyediakan produk pelaburan emas antaranya ialah MAYBANK, PUBLIC BANK, UOB, CIMB, Al-Rajhi dan KFH. Pelaburan paling minimum adalah MAYBANK, iaitu dengan hanya 1gram sahaja. minimum 10 g untuk melabur dalam CIMB, KFH, Al-rajhi  dan public bank. kalau untuk UOB pulak, minimum kena beli 20 gram. spread adalah berbeza-beza mengikut bank.
  • Bank-bank convensional hanya meletakkan jumlah gram yang dibeli didalam buku akaun. Jual beli cara ini adalah tidak sah dan haram disisi islam. Rukun jual beli dalam islam adalah penjual dan pembeli, barang dan harga, serta ijab dan qabul. kiranya dalam kes bank convensional, barang adalah  tidak wujud (emas cuma di alam maya).
maybank GIA
kertas bercetak ni je yang dapat,emas xdapat pun

  • Pelaburan emas melalui buku bank yang terbaik adalah melalui islamic banking, iaitu KFH dan Al-Rajhi. Tapi cawangan bank-bank ini adalah terhad. di Sabah, hanya ada di Kota Kinabalu sahaja. dan lagi, produk pelaburan emas tidak di tawarkan oleh bank Al-Rajhi Kota Kinabalu. Hanya 2 cawangan Al-Rajhi je yang menyediakan pelaburan emas di Malaysia iaitu KL dan bangsar..kat KK, Al-Rajhi tak jual emas ye kawan-kawan. 
  • Konsep pelaburan emas melalui bank adalah masa nak melabur,kita beli emas,masa nak guna duit, kita jual emas tu. tapi make sure harga beli bank masa kita nak jual tu adalah lebih tinggi dari harga masa kita beli emas tu..kalau tidak,anda akan rugi...

Ok,sekarang cerita tentang emas fizikal pulak. berikut adalah ringkasannya:

  • Beli emas, simpan dalam tangan...kalau tak berani simpan ditangan,simpan di safe deposit box..bank ada sediakan, contohnya Maybank...
  • banyak syarikat menjual emas di Malaysia, contohnya POWER GOLD, GSR, dan sebagainya.
  • boleh juga didapati d kedai-kedai emas seperti TOMEI, HABIB JEWEL dan sebagainya.
  • Boleh dibeli d bank-bank contohnya syiling kijang emas boleh di dapati d MAYBANK.
  • kebaikan menyimpan emas fizikal disamping untuk pelaburan adalah kebolehannya untuk menjana wang apabila diperlukan...emas fizikal boleh d gadai d ar-rahnu...bila dah ada duit,boleh tebus balik...
  • Kalau beli rantai atau gelang, boleh digayakan oleh wanita...lelaki haram pakai emas ye, tapi boleh simpan dinar emas...Allah SWT maha Adil..
  • kalau anda lebih berilmu,anda juga boleh menjana keuntungan melalui teknik ar-rahnu.
  • sebelum membeli emas fizikal,kena pastikan susut nilai untuk emas tersebut...kebanyakan emas yang di jual di kedai emas dikenakan susut nilai yang tinggi, sehingga 25%...emas fizikal yang di jual d bank pun boleh dikenakan susut nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu...contohya,apabila bekas plastik d buka,terkemik dan sebagainya...
  • selepas lebih setahun saya membuat kajian mengenai pelaburan emas fizikal, saya dapati bahawa, produk POWER GOLD adalah yang terbaik...kenapa? saya akan terangkan dalam blog entri yang lain.

Bagaimana? adakah anda masih teragak2 untuk menyimpan emas? adakah anda masih percaya menyimpan wang kertas lebih baik dari menyimpan EMAS? adakah anda masih teragak-agak untuk menyimpan emas?

Jika anda mula percaya bahawa menyimpan emas lebih baik berbanding menyimban wang kertas. Dan ingin membeli Emas dinar dan Jongkong. boleh add dan PM saya di facebook https://www.facebook.com/khairilanuarms atau 
SMS ke 012-4141258 /  email : khairilams@gmail.com