Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui teknik2 mencuci barang kemas lama atau yang berdaki sendiri di rumah tanpa menghantarkannya ke kedai emas..Tujuan utamanya adalah untuk mengembalikan sinaran emas tersebut agar kelihatan baru dipakai atau dibeli terutama sekali bila mengahadiri majlis kenduri-kendara..
hahaha.Di sini saya ingin berkongsi dua teknik yang boleh kita gunakan dalam kaedah pencucian barang kemas ini.
- Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
- Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata atau homogen dengan mengacaunya.
- Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
- Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
- Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
- Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
- Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.
Menggunakan Ammonia.
- Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
- Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
- Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
- Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
- Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
- Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya.
Bagaimana? adakah anda masih teragak2 untuk menyimpan emas? adakah anda masih percaya menyimpan wang kertas lebih baik dari menyimpan EMAS? adakah anda masih teragak-agak untuk menyimpan emas?
Jika anda mula percaya bahawa menyimpan emas lebih baik berbanding menyimban wang kertas. Dan ingin membeli Emas dinar dan Jongkong. boleh add dan PM saya di facebook https://www.facebook.com/khairilanuarms atau
SMS ke 012-4141258 / email : khairilams@gmail.com
SMS ke 012-4141258 / email : khairilams@gmail.com
No comments:
Post a Comment