Emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari
zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi antara kita tidak
menyedari akan kepentingan menyimpan emas ini. Rakyat Malaysia khasnya masih
lagi terpengaruh dan mempercayai bahawa wang kertas adalah simbol
kekayaan sedangkan simbol kekayaan sebenar bukanlah wang kertas, tetapi
EMAS. ini bukan sekadar retorik kerana sejarah telah membuktikan sejak
zaman berzaman walaupun empayar silih berganti EMAS tetap menjadi simbol
kekayaan dan dijadikan sebagai matawang.
Cuba tanya pada diri kita. Mengapa kita perlu menyimpan emas?
1 ) Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol
kekayaan hinggalah zaman sekarang dimana sesiapa yang menyimpan emas
dianggap kaya. Selain itu juga emastidak boleh dibinasakan tidak kira
samada dibakar, di rendam dalam asid atau berkarat. Sesuatu benda yang
menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh
dibinasakan. Sebab itu KERTAS, makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak
boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa
panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh
dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang
terunggul.
Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah)
ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa
bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli
Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia. Pada zaman
pemerintahan Firaun di Mesir, Emas memainkan peranan yang besar sehingga
setiap Firaun dan golongan bangsawan yang mati akan dikebumikan bersama
emas yang mereka miliki. Ini adalah salah satu sebab kenapa makam-makam
mumia di mesir sering menjadi sasaran penjarah makam. Mereka menjarah
bukan kerana sebab tertarik dengan nilai arkeologi, tetapi dengan nilai
“Kekayaan” yang ditanam bersama mumia di makam tersebut.
Bagaimana?
Adakah anda masih percaya wang kertas yang mudah terbakar, reput, lusuh
dan dicetak sesuka hati layak menjadi simbol kekayaan sebenar?
2 ) Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah
mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang
menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. paling busuk pun 20% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini?
cuba bandingkan dengan faedah/keuntungan
simpanan tetap di Bank pada kadar 2-3% setahun, ASB jika tinggi pun,
anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda
kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram (2010 )!!
jika tahun ini kos pergi haji lebih
kurang RM9k seorang, 5 tahun depan adakah kosuntuk mengerjakan haji
masih sama? tentulah tidak bukan? jika anda membeli emas bernilai RM9k ,
5 tahun akan datang bila anda menjual semula emas tersebut, kos
mengerjakan Haji tetap bernilai RM9k iaitu harga semasa anda membeli
emas tersebut walaupun kos mengerjakan haji pada masa itu sudah naik.
tidak percaya? lihatlah Graf sejarah harga emas dunia di sini –> http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun
1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen
sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air
minuman. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 3 sehari pun tidak
cukup.
Bagaimana pula dengan emas? pada 1400
tahun dahulu harga seekor kambing berharga 1 dinar. sekarang setelah
1400 tahun berlalu, harga seekor kambing masih kali 1 dinar. Tidak
kurang.. kalau hari ini harga milo ais RM1.80, 5 tahun atau 10 tahun
nanti adakah milo ais masih berharga rm1.80 lagi?
masih tak cukup? ok.. ok.. apa kata kita
lihat pada sejarah inflasi terburuk pula? dimana nilai matawang jadi
tidak bernilai lagi. sila baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperinflation
oh ya, kita x perlu tengok jauh-jauh, ada
negara yang terdekat dengan kita yang boleh jadi contoh kejatuhan
matawang iaitu Thailand, Indonesia, vietnam dan Filipina =)
Bayangkanlah Wang Kertas Berpuluh-puluh
ribu yang anda simpan di Bank tetiba bernilai sebungkus nasi lemak
apabila ekonomi meleset dan ringgit jatuh. Menangis tidak berlagu la.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi
kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh
dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan.
Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan
kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di
negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah
ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali
tidak bernilai akibat peperangan.
Oh ya, adakah anda pernah dengar semasa
perang Vietnam, orang-orang vietnam menjual rumah, tanah dan ternakan
mereka dengan jongkong emas vietnam (sila tengok gambar di atas).
Kemudian membawanya bersama semasa lari meninggalkan Vietnam. Apabila
sampai ke negara persinggahan mereka menukarkan emas tersebut dengan
wang kertas negara tersebut untuk memulakan hidup baru dan dijadikan
modal perniagaan. Bayangkan apa yang berlaku jika mereka membawa wang
kertas vietnam dan bukannya EMAS.
5 ) Emas Tidak Boleh Di Manipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh
dicipta. Ia merupakan logam yang sangat unik berbanding dengan logam
lain. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat,
mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen
), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan
kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan
akua regia. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan sebagaimana wang
kertas. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan ilmu alkimi. Ini
menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia
boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu
tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan
bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang. Emas pula akan tetap
bernilai RM1 juta pada 5 tahun akan datang.
Bagaimana?
adakah anda masih teragak2 untuk menyimpan emas? adakah anda masih
percaya menyimpan wang kertas lebih baik dari menyimpan EMAS? adakah
anda masih teragak-agak untuk menyimpan emas?
Jika
anda mula percaya bahawa menyimpan emas lebih baik berbanding menyimban
wang kertas. Dan ingin membeli Emas dinar dan Jongkong. boleh add dan
PM saya di facebook https://www.facebook.com/khairilanuarms atau SMS ke 012-4141258 / email : khairilams@gmail.com